Thursday, January 20, 2011

REZEKI ALLAH....

Banyak kelebihan yang diperolehi oleh orang yang terlibat dengan perniagaan. Pintu rezeki terbuka luas bagi orang yang berniaga berbanding dengan bidang-bidang yang lain.Rasulullah s.a.w sendiri amat menggalakkan umatnya supaya berniaga. Bahkan dikalangan para sahabat rasulullah terdapat sahabat yang terlibat secara aktif dalam perniagaan seperti usman bin affan,abdul rahman bin auf dan seumpamanya. Mereka adalah peniaga yang jujur, amanah dan hebat. Abdul rahman bin auf sendiri adalah salah seorang peniaga islam contoh. Beliau pernah menjual seribu ekor unta dalam masa sehari sahaja. Beliau menjualnya dengan harga yang murah, beliau hanya mengambil untung atas tali yang mengikat unta sahaja. Setiap utas tali itu, beliau mendapat untung satu Dirham. Dengan itu, beliau berjaya memperolehi keuntungan seribu darham dalam satu hari. Inilah kenyataan yang pernah disabdakan oleh rasulullah s.a.w:Hendaklah kamu berniaga, sesungguhnya perniagaan itu menjana 9/10 daripada rezeki�.(Riwayat Ahmad)

No comments:

Post a Comment